Tuesday, 11 July 2017

1. Biodata Diri



Nama                    : Nur Fareeha bt Rosli
Umur                    : 23 Tahun
Tarikh Lahir          : 7 / 1 / 1994
Asal                       : Gemencheh, Negeri Sembilan
No Matrik             : 249267

2. Minat terhadap Masakan




LEMANG PERIUK KERA

Lemang periuk kera..takde kera pun...hihihi..teringat telatah Upin dan Ipin yang mencari periuk kera untuk dimasak oleh Kak Ros. Di sarawak,lemang periuk kera@pulut dalam periuk kera itu (lupa namanya dalam bahasa Bidayuh) adalah makanan tradisional masyarakat Bidayuh terutama Bidayuh Bau sebab apabila pergi ke Serikin dan singgah di kedai tepi jalan sebelum Serikin memang banyak dijual periuk kera kosong atau periuk kera yang telah siap dimasak bersama pulut di dalamnya. Jom kita masak pulut periuk kera.Senang sahaja membuatnya.


BAHAN-BAHAN



20 bekas periuk kera.(kalau nak makan banyak,sila sediakan banyak-banyak).Bersihkan dengan membuang penutup dan bibirnya. (daun disekeliling muka periuk kera)

300g beras pulut. Basuh dan toskan.

1 liter santan
Garam secukup rasa untuk dicampur di dalam santan.(santan rasa lemak-lemak masin)
Gula kalau suka rasa manis pada pulut.

CARA MEMBUATNYA

Masukkan pulut ke dalam periuk kera.Masukkan setengah sahaja untuk memberi peluang kepada beras mengembang. Masukkan santan sampai tutup beras. Susun dalam acuan@bekas untuk dikukus. Kukus sampai masak.SUDAH SIAP....Sedap dimakan bersama kari ayam,rendang dan yang sewaktu dengannya. Ataupun makan begitu sahaja atau cicah dengan gula atau susu pekat manis. Memang sangat sedap...Cubalah ya....





                                      

3. Minat terhadap Motosikal Berkuasa Tinggi


Bukan mudah membawa motosikal berkuasa tinggi bersaiz besar atau superbike. Dari segi ketahanan, kawalan keseimbangan, kos pengendalian yang mahal dan komitmen untuk beraksi antara perkara paling asas yang perlu diambil kira. Apatah lagi apabila ia melibatkan penunggang wanita.
Namun zaman sudah berubah. Kini, tangan yang sama memegang sudu dan kuali di dapur juga boleh mengendali superbike. Jantina bukan lagi isunya, cuma tanggungjawab seorang wanita, lebih-lebih lagi yang bergelar isteri dan ibu yang jauh lebih berat namun memilih hobi kental menjadikan mereka selangkah lebih hebat.
Saya Nur Fareeha, 23, seorang pelajar UUM dari Gemencheh Negeri Sembilan meminati motosikal BMW HP4 tidak melihat ia sebagai satu hobi yang didominasi lelaki.
Ianya kurang diminati wanita, tetapi mungkin kekangan masa dan tanggungjawab menyebabkan tidak ramai yang terlibat. Minat wanita membawa motosikal besar semakin bertambah.
Hobi yang dianggap mewah ini turut membawa satu keinginan bagi saya dari kesibukan kerja serta rumah kerana masalah kewangan dengan harga motor berkuasa tinggi. 
Penyelengaraannya juga mahal, daripada tayar yang mencecah ratusan ringgit kepada peralatan ganti yang lain. Kalau mahu bawa motor besar, bersedialah untuk berhadapan belanja yang tinggi. 
Selain ketahanan fizikal, hobi ini juga memerlukan pengetahuan permotoran. Pada masa yang sama, kita juga kena bekalkan diri dengan pengetahuan teknikal permotoran.
Kita rasa bebas tanpa sekatan sesiapa, di samping rasa seronok. Paling best ialah, bila turun dari motor dan buka helmet, orang akan ternganga pandang kita, terutama sekali yang bawa motor itu wanita berbadan kecil.
5 artis wanita popular yang berkecimpung di dalam dunia motosikal berkuasa tinggi:
  • Erra Fazira
  • Dira Abu Zahar
  • Lisdawati
  • Linda Onn
  • Maznah Zolkifli


4. Minat Melancong


SESUNGGUHNYA melancong boleh dijadikan sebagai cara pengukuhan iman dan takwa dengan banyak pengajaran berkaitan perkara baik dan buruk dapat dilalui atau diperhatikan ketika berkunjung serta menziarahi sesuatu destinasi pelancongan.

Jelas sekali tujuan melancong yang dianjurkan Islam ialah digerakkan mata hati untuk menilai, memahami dan mengambil pengajaran sepanjang pengembaraan. Minda pengembara hendaklah dibuka dan berdoa supaya Allah memberi hidayah serta kebaikan daripada aktiviti melancong itu.

Walaupun melancong lebih bersifat santai, tetapi tidaklah hingga kita lupa untuk berfikir kerana ketika merehatkan diri, minda masih perlu digerakkan secara positif supaya mendapat kebaikan ketika melancong.
Sesiapa tidak dapat merasai sebarang minat terhadap sesuatu pemandangan atau keadaan sehingga terbuka minda dan merasai kehebatan ciptaan Allah, itulah tanda hatinya sudah mati dan minda menjadi tertutup.
Melancong bukan sekadar ingin berhibur. Sesiapa melancong hanya semata-mata mencari keriangan, tidak akan mendapat manfaat di sebalik suruhan agama. Bahkan, keriangan yang diiringi dengan perbuatan maksiat menjadikan aktiviti melancong sedemikian haram dan amat dimurkai Allah.
Ketika melancong hendaklah menjaga nilai murni sebagai orang Islam. Elakkan daripada terjebak dengan aktiviti tidak baik di tempat orang. Aktiviti pelancongan yang membabitkan perbuatan haram ditegah sama sekali. Kecelakaan dan kemusnahan menimpa diri mereka yang ingkar perintah Allah.


5. Minat Shopping



Merancang pembelian semasa membeli adalah salah satu antara langkah bijak daripada berlakunya pembelian barang yang sia-sia, namun sifat ini terkecuali bagi kaum wanita. Wanita kebiasaannya tidak merancang secara khusus dan sering melanggar perancangan membeli-belah mereka sendiri. Berbanding wanita, lelaki lebih selesa merancang pembelian sebelum membeli dan menjadikan mereka lebih fokus semasa dalam proses membeli-belah.

Sifat suka membeli-belah adalah suatu perkara yang subjektif dan tidak boleh dilabelkan sama ada positif ataupun negatif. Memandangkan sifat semulajadi antara lelaki dan wanita adalah berbeza, maka tabiat membeli-belah mereka juga berbeza. Tabiat ini bergantung kepada budaya, kawasan tempat tinggal, peringkat umur dan minat terhadap aktiviti membeli-belah itu sendiri. Setiap orang mempunyai sebab yang tersendiri ke atas sesuatu pembelian tersebut sama ada keperluan dan kehendak. Sentiasalah mementingkan keperluan daripada kehendak supaya apa yang dibeli sesuai dengan kegunaan dan keinginan. Pepatah Melayu berkata, ukur lah baju dibadan sendiri. Berbelanjalah bersesuaian dengan pendapatan dan keperluan kita. Akhir kata, pengguna bijak, faedahnya banyak.




6. Minat Sukan




First, aku nak share kebaikan bersukan ni melalui apa yang aku fikirkan dan lalui sepnajang hayat hidup aku ni.Topik ni penting sebab ramai kawan kawan aku yang dah berumur ni tolak tepi je pasal bersukan. Ofis ada tiga orang je maksimum sepanjang half dekad aku kerja kat sini, jiran jiran sibuk uruskan hal rumah tangga..diorang bersukan lak dengan budak ofis masing masing je... Member member rumah dulu pun sama, dah kawin dah ada anak terus hilang..so tinggal lah aku sorang sorang terkontang kanting.



Aku kalau boleh tak nak tiru pun fakta sains dari mana mana sumber untuk tulis blog pasal sukan ni. So semua terpulanglah untuk setuju ke tidak pasal topik ni. Saya tidak bertanggungjawab jika terdapat masalah kesihatan jika anda ikut nasihat saya ni.hehe
So kebaikan pertama yang aku peroleh dari bersukan adalah menstabilkan BMI . Siapa kata tak penting, BMI atau body mass index adalah satu indicator penting untuk kehidupan kita beb. Dengan BMI yang bagus, impulse badan aku bergerak dengan sungguh lancar. Body Reflection pun sungguh baik. Dengan erti kata lain, badan aku ringan. Insyallah macam macam benda aku boleh buat dengan baik dan lancar. Beribadah pun senang je. Setelah jarang bersukan, perut pun dah buncit. Nak sujud pun rasa terganggu. Nak buat kerja macam panjat bumbung repair tangki air pun seksa tau tak.So that why benda BMI ni penting. Badan aku naik hampir 10kg selepas stop bersukan, terus out BMI. Kenapa tak diet je...? Well mungkin BMI boleh pulih dan badan mungkin ringan, tapi aku tak rasa aku dapat kelincahan sakali. Hanya bersukan mampu memberikan pakej dua dua ni.







Minat bersukan hanya timbul selepas diperkenal kepada rakan karib saya oleh seorang rakan ketika menuntut di UUM Melaka. Ketika itu, beliau hanya berbasikal sekadar suka-suka. Namun, siapa sangka, aktiviti berbasikal yang pada awalnya sekadar medium bagi mencari ketenangan kini sudah semakin sebati dengan diri beliau.




Monday, 10 July 2017

7. Minat terhadap Binatang




MEMELIHARA binatang peliharaan merupakan suatu hobi yang begitu seronok bagi seorang pencinta binatang. Haiwan seperti kucing merupakan binatang yang sangat popular untuk dijadikan haiwan peliharaan memandangkan sifatnya yang jinak, manja dan serasi dalam persekitaran kehidupan manusia.
Bagi sesetengah peminat kucing, sudah menjadi kebiasaan untuk menyediakan kucing-kucing mereka dengan pelbagai jenis alat permainan. Bagi anda yang mahukan sesuatu yang berlainan daripada yang terjual di pasaran, anda boleh mereka permainan kucing dengan langkah-langkah yang mudah
Setelah memilih makanan yang akan direka, pecahkan warna-warna makanan kepada beberapa bahagian dengan hanya perlu membayangkannya. Contohnya burger, setentunya warna yang perlu ada ialah coklat kekuningan; bagi meniru warna roti, kuning; warna keju, hijau; warna sayuran dan merah; warna tomato. Potong bentuk setiap bahagian yang terdapat pada makanan mengikut warna fabrik yang sesuai.