MEMELIHARA binatang peliharaan merupakan suatu hobi yang begitu seronok bagi seorang pencinta binatang. Haiwan seperti kucing merupakan binatang yang sangat popular untuk dijadikan haiwan peliharaan memandangkan sifatnya yang jinak, manja dan serasi dalam persekitaran kehidupan manusia.
Bagi sesetengah peminat kucing, sudah menjadi kebiasaan untuk menyediakan kucing-kucing mereka dengan pelbagai jenis alat permainan. Bagi anda yang mahukan sesuatu yang berlainan daripada yang terjual di pasaran, anda boleh mereka permainan kucing dengan langkah-langkah yang mudah
Setelah memilih makanan yang akan direka, pecahkan warna-warna makanan kepada beberapa bahagian dengan hanya perlu membayangkannya. Contohnya burger, setentunya warna yang perlu ada ialah coklat kekuningan; bagi meniru warna roti, kuning; warna keju, hijau; warna sayuran dan merah; warna tomato. Potong bentuk setiap bahagian yang terdapat pada makanan mengikut warna fabrik yang sesuai.


No comments:
Post a Comment