Tuesday, 11 July 2017

3. Minat terhadap Motosikal Berkuasa Tinggi


Bukan mudah membawa motosikal berkuasa tinggi bersaiz besar atau superbike. Dari segi ketahanan, kawalan keseimbangan, kos pengendalian yang mahal dan komitmen untuk beraksi antara perkara paling asas yang perlu diambil kira. Apatah lagi apabila ia melibatkan penunggang wanita.
Namun zaman sudah berubah. Kini, tangan yang sama memegang sudu dan kuali di dapur juga boleh mengendali superbike. Jantina bukan lagi isunya, cuma tanggungjawab seorang wanita, lebih-lebih lagi yang bergelar isteri dan ibu yang jauh lebih berat namun memilih hobi kental menjadikan mereka selangkah lebih hebat.
Saya Nur Fareeha, 23, seorang pelajar UUM dari Gemencheh Negeri Sembilan meminati motosikal BMW HP4 tidak melihat ia sebagai satu hobi yang didominasi lelaki.
Ianya kurang diminati wanita, tetapi mungkin kekangan masa dan tanggungjawab menyebabkan tidak ramai yang terlibat. Minat wanita membawa motosikal besar semakin bertambah.
Hobi yang dianggap mewah ini turut membawa satu keinginan bagi saya dari kesibukan kerja serta rumah kerana masalah kewangan dengan harga motor berkuasa tinggi. 
Penyelengaraannya juga mahal, daripada tayar yang mencecah ratusan ringgit kepada peralatan ganti yang lain. Kalau mahu bawa motor besar, bersedialah untuk berhadapan belanja yang tinggi. 
Selain ketahanan fizikal, hobi ini juga memerlukan pengetahuan permotoran. Pada masa yang sama, kita juga kena bekalkan diri dengan pengetahuan teknikal permotoran.
Kita rasa bebas tanpa sekatan sesiapa, di samping rasa seronok. Paling best ialah, bila turun dari motor dan buka helmet, orang akan ternganga pandang kita, terutama sekali yang bawa motor itu wanita berbadan kecil.
5 artis wanita popular yang berkecimpung di dalam dunia motosikal berkuasa tinggi:
  • Erra Fazira
  • Dira Abu Zahar
  • Lisdawati
  • Linda Onn
  • Maznah Zolkifli


No comments:

Post a Comment